Thursday, February 5, 2009

Mencari produk Muslim.......

Dulu-dulu kalau ada label Halal (tulisan Jawi Ha-Lam-Alif Lam)pada pembungkus produk, ditambah dengan perkataan "ditanggung", itulah barang yang jadi pilihan untuk dibeli. Tak tahulah siapa yang tanggung. Sekarang dah ada cop halal JAKIM, lagi mudah buat pilihan. Bukan muslim sanggup keluar belanja untuk dapatkan cop JAKIM ni, kerana pasaran memang besar bagi kalangan penduduk Muslim yang jadi majoriti.

Aku sekarang semaikan kepada anak-anak supaya tengok label Halal sebelum membeli sesuatu produk. Lepas ini kena pastikan produk tu keluaran Muslim pula. Sebab, bukan sahaja mahu yang halal tetapi yang Thayyib.

Bercerita tentang logo halal ni, timbul juga isu kesahihan loga halal JAKIM ni, sebab sekarang JAKIM cuma "endorse" sahaja, yang keluarkan HDC (Halal Development Coorporation). Kalau di negara Brunei, produk keluaran non-Muslim dan Muslim dibezakan warna logonya. Kalau itu dilaksanakan di sini alangkah baiknya.

Aku rasa agak bertuah, kerana ada seorang jiran yang mengusahakan kedai menjual produk Muslim sahaja. Aku memang tabik dengan dia, kerana ketabahan dia ni. Pernah dia menyatakan ini merupakan fardu kifayah baginya, untuk mengusahakannya. Idea tu timbul selepas beliau melawat MAHA 2008 lalu, yang mana banyak produk keluaran Muslim dipamerkan. Beliau berusaha mendapatkan sendiri bekalan produk dari pengeluarnya sendiri. Memang margin keuntungan tak banyak setakat lepas kos sewa bangunan dan utiliti, kalau tak laku pun boleh guna untuk famili sendiri. Memang tujuan asalnya adalah untuk mendapatkan produk halal untuk kegunaan keluarga, selain membantu jiran. Walaupun baru beroperasi dalam 4 bulan alhamdulillah kedainya mendapat sambutan dari kalangan penduduk setempat. Ada produk Ibu (Mee Ibu, kuey teow, tauhu, cincau), Az-Zain, HPA, HalalGel, Ewani, Fatihah, Ramli, Jalen dan lain-lain.

Sekarang juga sudah dibangunkan IMP, Islamic Manufacturing Practice, Amalan Pengilangan Islam. Yang mana bukan sahaja bahan asas yang halal, yang membuatnya juga muslim yang dalam keadaan suci. InsyaAllah berkat.



*************************************************************************************

Kepada umat Islam disarankan sokonglah produk keluaran Muslim. Kualiti setara dengan keluaran non-muslim bahkan ada yang lebih baik, bahkan telah dipasarkan di peringkat antarabangsa. Kalau semua bersatu sokong produk keluaran Muslim, insyaAllah ekonomi umat Islam akan kukuh.

Boleh dikatakan 90% produk halal di pasaran kita adalah keluaran non-muslim. Kebanyakannya disasarkan untuk kegunaan orang Muslim. Produk keluaran Muslim sukar mendapat tempat, serta agak mahal sedikit. Insyallah jika semua sanggup berjihad bangunkan ekonomi Muslim, ekonomi negara akan dapat dikuasai suatu hari nanti. Yang penting perlu kuatkan jadi diri.

Kewujudan saluran radio IKIM.fm juga banyak membantu dalam mempromosi produk keluaran muslim serta memperkasakan agenda ummah dalam menguasai ekonomi. Kepada Muslim di luar sana, bertukarlah ke siaran IKIM.fm. Bahkan baru baru ini ada pendengar yang memberi cadangan IKIM mewujudkan siaran TV pula.

Mencari Yang Halal itu kewajipan setiap muslim (Maksud Hadis)

No comments:

Post a Comment