Wednesday, February 18, 2009

Perletakan Jawatan ahli Polititik, antara Jepun dan Malaysia

Terdapat dua laporan media yang menarik:

Kedua-dua melibatkan ahli politik dan moral kedua-duanya. Ia juga mengakibatkan kestabilan pentadbiran terjejas.

Memang adalah sewajarnya ahli politik menjaga diri dari salah laku moral, dan demi menjaga kepercayaan rakyat yang memilih, perletakan jawatan adalah suatu yang terpuji. Walaupun dalam satu kes lain, menteri yang telah mengaku terlibat dalam skandal seks masih diterima oleh partinya.

Patutkah rakyat memilih ahli politik yang terlibat dalam salah laku moral? Fikrkanlah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Elizabeth Wong tawar letak jawatan Exco dan kerusi Dewan Undangan Negeri
17/02/2009 1:20pm

PETALING JAYA 17 Feb. — Elizabeth Wong, yang diasak dalam kontroversi berikutan penyebaran gambar bogel beliau, telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan.

“Saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor dan begitu juga sebagai anggota dewan undangan negeri bagi Bukit Lanjan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Nakagawa letak jawatan

TOKYO 17 Feb. - Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa meletakkan jawatan hari ini setelah terpaksa menafikan beliau mabuk pada satu sidang media Kumpulan Tujuh (G7) di Rom baru-baru ini.

Tindakan Nakagawa itu menjadi satu lagi tamparan kepada Perdana Menteri, Taro Aso yang semakin kehilangan sokongan rakyat ketika pilihan raya dijadual berlangsung pada tahun ini.

Aso berkata, Menteri Ekonomi, Kaoru Yosano akan mengambil alih tempat Nakagawa dan pelantikan itu tidak akan membawa banyak perubahan dasar.

Kontroversi berhubung tingkah-laku Nakagawa pada sidang media selepas mesyuarat G7 dan kini peletakan jawatannya berlaku ketika sokongan rakyat kepada Aso sudah menjunam ke bawah paras 10 peratus, menjelang pilihan raya yang mesti diadakan selewat-lewatnya Oktober ini.

Baru semalam Aso meminta sekutu rapatnya itu kekal dalam jawatannya sekalipun gelagat menteri berkenaan pada sidang media di Rom telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.

"Saya fikir peletakan jawatan ini menjadi satu lagi petanda bahawa pentadbiran Aso sudah berada di ambang keruntuhan," kata pakar strategi Jepun di KBC Financial Products, Jonathan Allum.

Allum percaya, sama ada Aso akan disingkirkan oleh partinya sendiri, Parti Liberal Demokratik (LDP) atau beliau akan mengalami kekalahan pada pilihan raya umum nanti.

Nakagawa sebelum itu mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang bajet dalam masa beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun hasratnya itu dibantah oleh sebuah parti komponen dalam kerajaan dan kem pembangkang yang menuntut beliau meletakkan jawatan serta-merta. - Reuters


Japan's finance minister quits, jolts government
APWORLD 17-Feb-2009

TOKYO (AP): Japanese Prime Minister Taro Aso's already shaky government was rocked Tuesday by the sudden resignation of his finance minister over allegations he appeared drunk after a recent G-7 meeting.

Finance Minister Shoichi Nakagawa, who has denied being drunk, offered his resignation late Tuesday after earlier in the day saying he would stay on until after parliament approves the budget for the fiscal year, probably in late April.

"I have resigned," said Nakagawa, one of the most prominent members of Aso's Cabinet. "I decided that it would be better for the country if I quit."

"He made a difficult choice, and I respect his decision," Aso said.

The resignation was a huge embarrassment for Aso and a blow to Japan's efforts to deal with its deepening economic woes.

Economy Minister Kaoru Yosano will assume Nakagawa's duties, the prime minister said. Nakagawa has been under fire over allegations he appeared to be drunk at a news conference following the G-7 finance ministers meeting in Rome over the weekend.

TV footage showed him slurring his speech and looking drowsy and confused.

Nakagawa has said he took cold medicine, which, along with jet lag, made him groggy.

His abrupt announcement, coming as Tokyo hosted Secretary of State Hillary Rodham Clinton, was seen as an attempt at damage control, but some analysts said they expect the situation to get tougher for Aso in the weeks ahead and political gridlock to worsen.

"The scandal was so humiliating that Nakagawa's resignation will not be enough," said political analyst Minoru Morita. "The opposition will now shift their target to Aso, pushing him deeper into the corner." Opposition lawmakers had lodged a censure motion against Nakagawa and demanded he quit immediately.

"He embarrassed himself in front of the world," said opposition leader Ichiro Ozawa. Pressure for Nakagawa's resignation had been growing within Aso's Cabinet as well.

"The TV footage was shocking," Consumer Minister Seiko Noda said. "A Cabinet minister must be fit and he needs more self control."

The political confusion was also likely to stall Japan's economic initiatives.

On Monday, Japan announced its economy shrank at its fastest rate in 35 years in the fourth quarter and shows no signs of reversing course anytime soon. Japan's economy - the world's second-largest -- has now contracted for three straight quarters and is almost certainly headed for a fourth.

To revive growth, Japan's parliament passed a contentious 4.8 trillion yen ($52.2 billion) extra budget in January that includes business tax credits and a cash payout of 12,000 yen ($133) per Japanese taxpayer. Aso has championed the idea, saying it will stimulate sagging consumer spending.

But critics have panned the handouts as a lavish waste of public money with limited impact. The resulting political wrangling has delayed implementation of the stimulus measures, which still await parliament passage of some related bills.

Nakagawa's resignation was expected to further embolden the opposition, which controls the upper house of parliament and could try to hold the bills hostage.

Along with a moribund economy and increasing joblessness, the scandal was the latest in a series of embarrassments that have plagued Aso, who has been in office only since late September.

Aso's support ratings fell into the single digits in a recent poll, increasing speculation his days might be numbered.

The ruling party has tried to hold elections off and ride out the scandals.

Several polls suggest that the opposition has a good shot at winning if elections are held soon, although the Liberal Democrats have controlled the government for virtually all of the past 54 years.

Elections must be held by the end of September, but can be called at any time.

"If elections were held right now, the opposition would win," said Takao Toshikawa, another political analyst.

Ke mana hala tuju demokrasi negaraku

Akhir-akhir ini suasana politik di Malaysia semacam tidak terkawal. Inikah yang dikatakan demokrasi ala Malaysia? Lebih malang lagi institusi istana turut dilibatkan dalam kemelut politik yang aku rasa agak dahsyat ini. Siapakah sebenarnya yang mempermain institusi istana dan juga mencemar keluhuran perlembagaan?

Ahli politik tak ubah seperti peserta rancangan realiti seperti raja lawak. Siapakah yang bakal menjadi raja lawak atau yang tersingkir ditentukan oleh pengundi@penonton.

AKu tertarik dengan dua laporan akhbar (akhbar yang sama) berkaitan amalan demokrasi, beza masa seminggu:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm


BAITULMAQDIS 11 Feb. - Israel menghadapi situasi politik yang tidak menentu apabila tidak ada parti yang mencapai kemenangan mutlak pada pilihan raya Parlimen Israle, hari ini.

Menteri Luar, Tzipi Livni yang memimpin Parti Kadima hanya memenangi 29 kerusi, manakala bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang mengetuai Parti Likud memenangi 28 kerusi.

Tanpa pemenang mutlak, peranan pencatur kuasa kini terletak pada seorang pemimpin ultranasionalis yang anti-Arab, yang juga bekas anak didik Netanyahu, Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu memperoleh empat kerusi tambahan dalam pilihan raya bagi menguasai 15 kerusi di Parlimen daripada keseluruhan 120 kerusi.

Memandangkan Parti Kadima dan Parti Likud gagal memperoleh majoriti yang jelas, masing-masing tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

BN bentuk kerajaan baru di Perak
04/02/2009 5:19pm

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

Di dalam dua situasi tersebut, di Israel Kadima majoriti satu kerusi (29:28). di Perak kedudukan kerusi ialah BN 28, PKR 28 dan 3 Bebas. Daripada 3 Bebas, 2 sedang dibicarakan kesnya di mahkamah. Kedudukan BN lebih kurang sama dengan Kadima di Israel. Itupun timbul keraguan di kalangan rakyat tentang pendirian 3 orang Bebas dan seorang lagi wakil yang lompat ke PKR dan lompat semula ke BN.

Jadi dalam keadaan ini sewajarnya DUN Perak dibubar. Rakyat diberi peluang sekali lagi menentukan pilihan mereka seperti termaktub dalam undang-undang Perak.

Dalam hal ini kedua-dua pihak mendakwa mengikut undang-undang, dan masing-masing mendakwa yang pihak satu lagi tidak ikut undang-undang.

Siapakah yang lebih demokrasi dalam hal ini?

Thursday, February 5, 2009

Mencari produk Muslim.......

Dulu-dulu kalau ada label Halal (tulisan Jawi Ha-Lam-Alif Lam)pada pembungkus produk, ditambah dengan perkataan "ditanggung", itulah barang yang jadi pilihan untuk dibeli. Tak tahulah siapa yang tanggung. Sekarang dah ada cop halal JAKIM, lagi mudah buat pilihan. Bukan muslim sanggup keluar belanja untuk dapatkan cop JAKIM ni, kerana pasaran memang besar bagi kalangan penduduk Muslim yang jadi majoriti.

Aku sekarang semaikan kepada anak-anak supaya tengok label Halal sebelum membeli sesuatu produk. Lepas ini kena pastikan produk tu keluaran Muslim pula. Sebab, bukan sahaja mahu yang halal tetapi yang Thayyib.

Bercerita tentang logo halal ni, timbul juga isu kesahihan loga halal JAKIM ni, sebab sekarang JAKIM cuma "endorse" sahaja, yang keluarkan HDC (Halal Development Coorporation). Kalau di negara Brunei, produk keluaran non-Muslim dan Muslim dibezakan warna logonya. Kalau itu dilaksanakan di sini alangkah baiknya.

Aku rasa agak bertuah, kerana ada seorang jiran yang mengusahakan kedai menjual produk Muslim sahaja. Aku memang tabik dengan dia, kerana ketabahan dia ni. Pernah dia menyatakan ini merupakan fardu kifayah baginya, untuk mengusahakannya. Idea tu timbul selepas beliau melawat MAHA 2008 lalu, yang mana banyak produk keluaran Muslim dipamerkan. Beliau berusaha mendapatkan sendiri bekalan produk dari pengeluarnya sendiri. Memang margin keuntungan tak banyak setakat lepas kos sewa bangunan dan utiliti, kalau tak laku pun boleh guna untuk famili sendiri. Memang tujuan asalnya adalah untuk mendapatkan produk halal untuk kegunaan keluarga, selain membantu jiran. Walaupun baru beroperasi dalam 4 bulan alhamdulillah kedainya mendapat sambutan dari kalangan penduduk setempat. Ada produk Ibu (Mee Ibu, kuey teow, tauhu, cincau), Az-Zain, HPA, HalalGel, Ewani, Fatihah, Ramli, Jalen dan lain-lain.

Sekarang juga sudah dibangunkan IMP, Islamic Manufacturing Practice, Amalan Pengilangan Islam. Yang mana bukan sahaja bahan asas yang halal, yang membuatnya juga muslim yang dalam keadaan suci. InsyaAllah berkat.



*************************************************************************************

Kepada umat Islam disarankan sokonglah produk keluaran Muslim. Kualiti setara dengan keluaran non-muslim bahkan ada yang lebih baik, bahkan telah dipasarkan di peringkat antarabangsa. Kalau semua bersatu sokong produk keluaran Muslim, insyaAllah ekonomi umat Islam akan kukuh.

Boleh dikatakan 90% produk halal di pasaran kita adalah keluaran non-muslim. Kebanyakannya disasarkan untuk kegunaan orang Muslim. Produk keluaran Muslim sukar mendapat tempat, serta agak mahal sedikit. Insyallah jika semua sanggup berjihad bangunkan ekonomi Muslim, ekonomi negara akan dapat dikuasai suatu hari nanti. Yang penting perlu kuatkan jadi diri.

Kewujudan saluran radio IKIM.fm juga banyak membantu dalam mempromosi produk keluaran muslim serta memperkasakan agenda ummah dalam menguasai ekonomi. Kepada Muslim di luar sana, bertukarlah ke siaran IKIM.fm. Bahkan baru baru ini ada pendengar yang memberi cadangan IKIM mewujudkan siaran TV pula.

Mencari Yang Halal itu kewajipan setiap muslim (Maksud Hadis)

Tuesday, February 3, 2009

Satu siri pemergian mereka yang ku kenal

Sejak 21 Ogos 2008, beberapa hari menjelang Ramadhan 1209 seorang demi seorang individu yang aku kenali pergi meninggalkan dunia fana ini, dijemput Ilahi. Perjalanan hidup mereka berbeza-beza.


21 Ogos 2008
Malam Jumaat. Pak Lang Anuar (Hj Shamsir Hj Ismail),suami kepada Mak Lang Tehah (adik emak, berlainan ayah), setelah bertahun terbaring di katil. Mulanya diserang strok, sebelah badan tidak berfungsi sepenuhnya. Kemudian terjatuh yang menyebabkan patah tulang pelviknya, menyebabkan dia tidak boleh lagi bergerak banyak, sehingga ke akhir hayatnya. Dikelilingi oleh anak-anaknya, sempat menjamah bubur yang disuapkan oleh anak perempuannya. Jenazahnya disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Melaka, Cheras. Berhampiran dengan Tan Sri Nasimudin NAZA.

12 Oktober 2008

Ahad, malam Isnin. 13 Syawal 1429H. Prof Dato' Dr Abdul Salam Abdullah (Lahir 28 Oktober 1946). Allahyarham telah menderita akibat Parkinson. Penyakitnya semakin membataskan aktiviti sejak bersara wajib dari perkhidmatannya. Bermula dari food poisoning pada bulan Januari 2008, terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, hampir 10 bulan. Pada 22 September, telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Dato Shahbandar. Aku sempat menziarahinya semasa hari Raya ketiga (Jumaat, 3 Okt 2008). Sayu sungguh aku memandangnya, berat sungguh penderitaannya. Aku mula mengenali sejak tahun 1992, semasa di tahun 2, di FKVSP UPM. Selamat dikebumikan di Makam Hj Said, Seremban. Semoga Allah merahmatinya.

10 November 2008
Tok Ngulu Yasin meninggal di Hospital Serdang. Jenazahnya dibawa ke kampung untuk dikebumikan. Khabarnya Allahyarham menziarahi anak cucunya, kemudian mengalami masalah pernafasan, semasa dalam perjalanan dari Gemas ke Serdang. Hampir sebulan dirawat di Hospital Serdang. Dulu berniaga di kedai nak masuk ke kampungku, sekarang masih lagi diusahakan oleh warisnya.

18 November 2008
Hj Jalil Tintum. Suami kepada Wan Sipah (emak saudara tiri kepada ibuku). Meninggal semasa berbual-bual dengan Wan Sipah di tangga depan rumahnya, Rumah Murah Astana Raja, kemudian tiba-tiba rebah ke tanah. Tidak sempat bawa ke Hospital. Dikebumikan di tapak perkuburan Rumah Rakyat Astana Raja. Allahyarham juga tidak sempat menyaksikan majlis perkahwinan anaknya pada 20 Dis 2008 (Sabtu.

(Arwah abah meninggal pada 20 Nov 1989)

18 Januari 2009. Mak Teh (Puteh bt Hassan, adik beradik abah) meninggal di Kg Pulau Bukit. Sebelum tu pada 20 Disember 2008, Makteh dimasukkan ke wad 2 Hospital Tampin, dijangkiti Chikunguynya. Ramai anak-anak saudara dan adik-beradiknya yang datang ke pengebumiannya. Ramai juga yang aku tak kenal, sebab jarang jumpa. Mak Teh sudah lama hidup bersendirian, tidak bercampur dengan orang ramai. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh mendekatinya. Seingat aku, sejak aku kenal dia (dari tahun 70an lagi). Abangku banyak membantu semasa hayatnya, termasuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bentuk kewangan dan juga rumah untuk rakyat miskin.

1 Februari 2009 (AHAD)
Mak Itam Esah. Isteri Pak Itam Pilus, meninggal di rumahnya di F32, Jln Melati, FELDA Sendayan. Selamat dikebumikan sebelum Zohor 2 Feb 2009. Ramai juga saudara sebelah abah datang menziarah. Sepupunya Baharom b Ujang (dia macam abang angkat aku semasa sekolah rendah dulu) turut hadir.

Kusedari bahawa salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim ialah menziarahi keluarga yang kematian ahlinya.(Terutamanya generasi sewaktu dengan emak dan abah. Kebanyakan mereka sudah mulai uzur.)Ramainya saudara mara yang tidak dikenali. Sebelah abah ada 10 adik beradik, tak sampai 20% yang aku kenal.

InsyaAllah, satu hari nanti akan ku usahakan perjumpaan ahli-ahli keluarga dari sebelah abah (ini juga harapan arwah abah suatu ketika dulu).

Kepada yang pergi kusedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat kalian dan ditempatkan di kalangan mukmin sejati.

Kenapa Cicit Pandak?

Pandak sebenarnya adalah moyangku. Sebelah emak.

Asal usulnya tidak banyak yang aku tahu. Aku tidak pernah berjumpa dengannya, cuma mendengar ceritanya sahaja dari emak dan abah. Mungkin suatu cabaran juga buatku untuk menyelusuri sejarah silam susur galurku. Setakat yang aku tahu, ada dua isteri. Bersama isteri pertama, anak-anak yang aku kenal: Tok Pak Lang (Mohd Noh, bekas guru, meninggal tahun 80an, Sajidah (nenekku, meninggal sekitar 1960an), Sapiah (Wan Pek, meninggal dalam tahun 90an, suaminya Beghaim, pun meninggal tahun 90an), Sialus@Mahmud (Tok Cik, pun sudah meninggal. Anak isteri kedua: Saripah (Wan Sipah, masih hidup)

Yang uniknya, tiga beradik sebelah abahku (termasuk abah)berkahwin dengan cucu Pandak dari tiga anaknya. Pak Anjang Mohd Rashid berkahwin dengan anak Tok Pak Lang (Long Pesah), Pak andak Tahir berkahwin dengan anak Sapiah (Mak Cu Joyah, Zauyah), abah aku pulak kahwin dengan anak Sajidah (Salimah). Kalau tak silap keluarga datuk sebelah abah pun berasal dari kampung aku juga. Jadi untuk rapatkan semula hubungan tu begitulah jadinya.

Catatan pertama

Hari ini merupakan sejarah bagiku. Kali pertama aku menulis di blogku sendiri. InsyaAllah jika kelapangan akan sentiasa di"update"kan. Cemburu juga asyik membaca blog orang lain. Mungkin boleh dikongsikan bersama netizen lain. Catatan di blog ini tidak khusus untuk apa-apa topik. Kisah silam, pengalaman seharian, kisah anak-anak, isu dunia .... apa saja yang terlintas.

Kenapa pilih "Membujur lalu melintang patah"?
Ia adalah salah satu peribahasa yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Bunyinya mungkin bersifat pesimis, hanya mengikut persekitaran sahaja. Tiada prinsip hidup yang jelas.
Tapi perlu juga ambil pendekatan positif di sebalik maksud tersirat. Patah bukan sebarang patah, tetapi patah balik untuk atur strategi baru, supaya yang melintang jadi membujur.

Banyak lagi khazanah peribahasa kita yang semakin kita lupakan. Terutama generasi abad ke-21. Kerana peribahasa berkait dengan budaya, bila budaya kita semakin terpinggir dari generasi kini, begitulah juga peribahasa. Semakin kecil bilangan kita yang terus perjuangkan warisan peninggalan generasi lampau. Suatu hari nanti, tidak mustahil semuanya akan tinggal dalam lipatan sejarah, akhirnya akan berterbangan seperti debu, jika tiada usaha berterusan.