Tuesday, February 3, 2009

Catatan pertama

Hari ini merupakan sejarah bagiku. Kali pertama aku menulis di blogku sendiri. InsyaAllah jika kelapangan akan sentiasa di"update"kan. Cemburu juga asyik membaca blog orang lain. Mungkin boleh dikongsikan bersama netizen lain. Catatan di blog ini tidak khusus untuk apa-apa topik. Kisah silam, pengalaman seharian, kisah anak-anak, isu dunia .... apa saja yang terlintas.

Kenapa pilih "Membujur lalu melintang patah"?
Ia adalah salah satu peribahasa yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Bunyinya mungkin bersifat pesimis, hanya mengikut persekitaran sahaja. Tiada prinsip hidup yang jelas.
Tapi perlu juga ambil pendekatan positif di sebalik maksud tersirat. Patah bukan sebarang patah, tetapi patah balik untuk atur strategi baru, supaya yang melintang jadi membujur.

Banyak lagi khazanah peribahasa kita yang semakin kita lupakan. Terutama generasi abad ke-21. Kerana peribahasa berkait dengan budaya, bila budaya kita semakin terpinggir dari generasi kini, begitulah juga peribahasa. Semakin kecil bilangan kita yang terus perjuangkan warisan peninggalan generasi lampau. Suatu hari nanti, tidak mustahil semuanya akan tinggal dalam lipatan sejarah, akhirnya akan berterbangan seperti debu, jika tiada usaha berterusan.

1 comment:

  1. salam. terima kasih kerana menjelaskan "membujur lalu melintang patah". saya selalu dengar perkataan ni dulu tapi tak paham maksudnya. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete