Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Thursday, February 28, 2013
Mereka pergi buat selamanya
Sudah beberapa tahun aku tidak mengemaskinikan blog ini, hari ini terdetik semula untuk mengetuk papan kekunci ini...
Claudia Theophilus
2 Februari 2013, Claudia Theophilus, seorang wartawan Al-Jazeera, terbunuh dalam satu insiden kemalangan senjata api ketika bercuti di Bakleen, Lebanon. Beliau tiba di Lebanon pada 28 Jan 2013. Kemalangan ini mendapat liputan di dalam akhbar utama di tanah air.
Beliau merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan 1 Darwin, Sekolah Tuanku Jaafar (sekarang dikenali sebagai Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar), Kuala Pilah. Kami terputus hubungan, sehinggalah bertemu semula di laman sosial, Facebook. Sempatlah berinteraksi beberapa kali dengannya, maklumlah kerjayanya sebagai wartawan menghadkan waktunya untuk berinteraksi bersama sahabat semua. Pemergiannya menjadi satu tamparan buat keluarganya, kerana beliau merupakan penyumbang terbesar ekonomi keluarganya, kerana ayahnya seorang pesara, adik lelakinya kini hidup terlantar, sejak terlibat dalam kemalangan dua tahun sebelumnya.
Urusan membawa pulang jenazahnya berjalan baik, ditambah dengan bantuan Duta Besar Malaysia di Lebanon, Mr Ilango Karuppannan, yang juga pernah bersekolah di sekolah yang sama. Walaupun ada sedikit campurtangan orang politik. Jenazahnya tiba di tanah air pada 9 Feb dan dibawa ke rumahnya di Taman Bukit Kepayang. Penghormatan terakhir diberikan kepada beliau di Gereja Visitation, Jalan Templer, Seremban sebelum dibakar di Krematorium Jalan Sultan Ismail, pada 11 Februari 2013.
Nurin Aina Nadiah binti Jamalludin
12 Februari 2013, aku dikejutkan lagi dengan berita pemergian anak bongsu sepupuku, Zaleha Mohd Yusof, iaitu Nurin Aina Nadiah binti Jamalludin,berusia hampir 5 tahun, mengikut jejak langkah abang dan kakaknya, setelah menderita penyakit sama, Azim ( 3 tahun lebih pada 2002) dan kakaknya, Awin (4 tahun lebih pada tahun 2006).
Besar sungguh ujian yang melanda keluarga mereka ini, semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal buat mereka, insyaAllah.
Mohd Zaidi Ahmadin
21 Februari 2013, sekali lagi berita sedih kuterima. Kali ini pemergian seorang sahabat STJ juga. Walaupun sempat bersama sehingga tingkatan 3, sebelum menyambung persekolah di Seremban. Kali pertama dan terakhir dapat berhubung ialah pada Oktober 2010, itu pun selepas dijejaki oleh sahabat STJ juga iaitu Yazid Harun, yang juga sempat bersama sehingga tahun 1986.
Kisah hidup yang menyayat hati, tersisih dari keluarga selepas tersalah memilih jalan hidup. Namun Allah memberinya kesempatan untuk kembali ke jalan yang lurus, Surau Al-Islah AU2, Taman Keramat, menjadi tempat kediaman sehingga akhir hayatnya. Allahyarham diberikan tugas sebagai pembantu siak. Ironisnya sahabatku Yazid sering berkunjung ke sana, tidak menyedari keberadaannya di situ. Begitu juga seorang lagi sahabatku Borhan (satu sekolah sejak darjah 3 di Astana Raja, dan di STJ), yang menetap berhampiran surau tersebut, yang menjadi jemaah regular di situ.
Allahyarham Zaidi dikatakan terjatuh dan meninggal di tempat kejadian, semasa berwuduk untuk solat maghrib. Pihak surau, dapat menghubungi kakaknya ("Angah"), kebetulan ada tersimpan di dalam telefon bimbitnya. Daripada kakaknyalah maklumat diperolehi oleh sepupunya dan terus memaklumkan kami pada posting yang memaparkan gambar Allahyarham.
Alhamdulillah sempat menunaikan solat jenazah buatnya dan mengiringinya ke persemadian terakhir di Perkuburan Islam KL-Karak, Taman Selasih, Gombak. Semoga Allahyarham beroleh husnul khatimah, diampunkan segala dosa dan dihimpunkan bersama mereka yang beriman.
Pemergian mereka jelas suatu tazkirah daripada Allah SWT tentang kepastian itu, tanpa mengira usia, keadaan dan ketika.
Tuesday, February 3, 2009
Satu siri pemergian mereka yang ku kenal
Sejak 21 Ogos 2008, beberapa hari menjelang Ramadhan 1209 seorang demi seorang individu yang aku kenali pergi meninggalkan dunia fana ini, dijemput Ilahi. Perjalanan hidup mereka berbeza-beza.
21 Ogos 2008
Malam Jumaat. Pak Lang Anuar (Hj Shamsir Hj Ismail),suami kepada Mak Lang Tehah (adik emak, berlainan ayah), setelah bertahun terbaring di katil. Mulanya diserang strok, sebelah badan tidak berfungsi sepenuhnya. Kemudian terjatuh yang menyebabkan patah tulang pelviknya, menyebabkan dia tidak boleh lagi bergerak banyak, sehingga ke akhir hayatnya. Dikelilingi oleh anak-anaknya, sempat menjamah bubur yang disuapkan oleh anak perempuannya. Jenazahnya disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Melaka, Cheras. Berhampiran dengan Tan Sri Nasimudin NAZA.
12 Oktober 2008
Ahad, malam Isnin. 13 Syawal 1429H. Prof Dato' Dr Abdul Salam Abdullah (Lahir 28 Oktober 1946). Allahyarham telah menderita akibat Parkinson. Penyakitnya semakin membataskan aktiviti sejak bersara wajib dari perkhidmatannya. Bermula dari food poisoning pada bulan Januari 2008, terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, hampir 10 bulan. Pada 22 September, telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Dato Shahbandar. Aku sempat menziarahinya semasa hari Raya ketiga (Jumaat, 3 Okt 2008). Sayu sungguh aku memandangnya, berat sungguh penderitaannya. Aku mula mengenali sejak tahun 1992, semasa di tahun 2, di FKVSP UPM. Selamat dikebumikan di Makam Hj Said, Seremban. Semoga Allah merahmatinya.
10 November 2008
Tok Ngulu Yasin meninggal di Hospital Serdang. Jenazahnya dibawa ke kampung untuk dikebumikan. Khabarnya Allahyarham menziarahi anak cucunya, kemudian mengalami masalah pernafasan, semasa dalam perjalanan dari Gemas ke Serdang. Hampir sebulan dirawat di Hospital Serdang. Dulu berniaga di kedai nak masuk ke kampungku, sekarang masih lagi diusahakan oleh warisnya.
18 November 2008
Hj Jalil Tintum. Suami kepada Wan Sipah (emak saudara tiri kepada ibuku). Meninggal semasa berbual-bual dengan Wan Sipah di tangga depan rumahnya, Rumah Murah Astana Raja, kemudian tiba-tiba rebah ke tanah. Tidak sempat bawa ke Hospital. Dikebumikan di tapak perkuburan Rumah Rakyat Astana Raja. Allahyarham juga tidak sempat menyaksikan majlis perkahwinan anaknya pada 20 Dis 2008 (Sabtu.
(Arwah abah meninggal pada 20 Nov 1989)
18 Januari 2009. Mak Teh (Puteh bt Hassan, adik beradik abah) meninggal di Kg Pulau Bukit. Sebelum tu pada 20 Disember 2008, Makteh dimasukkan ke wad 2 Hospital Tampin, dijangkiti Chikunguynya. Ramai anak-anak saudara dan adik-beradiknya yang datang ke pengebumiannya. Ramai juga yang aku tak kenal, sebab jarang jumpa. Mak Teh sudah lama hidup bersendirian, tidak bercampur dengan orang ramai. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh mendekatinya. Seingat aku, sejak aku kenal dia (dari tahun 70an lagi). Abangku banyak membantu semasa hayatnya, termasuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bentuk kewangan dan juga rumah untuk rakyat miskin.
1 Februari 2009 (AHAD)
Mak Itam Esah. Isteri Pak Itam Pilus, meninggal di rumahnya di F32, Jln Melati, FELDA Sendayan. Selamat dikebumikan sebelum Zohor 2 Feb 2009. Ramai juga saudara sebelah abah datang menziarah. Sepupunya Baharom b Ujang (dia macam abang angkat aku semasa sekolah rendah dulu) turut hadir.
Kusedari bahawa salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim ialah menziarahi keluarga yang kematian ahlinya.(Terutamanya generasi sewaktu dengan emak dan abah. Kebanyakan mereka sudah mulai uzur.)Ramainya saudara mara yang tidak dikenali. Sebelah abah ada 10 adik beradik, tak sampai 20% yang aku kenal.
InsyaAllah, satu hari nanti akan ku usahakan perjumpaan ahli-ahli keluarga dari sebelah abah (ini juga harapan arwah abah suatu ketika dulu).
Kepada yang pergi kusedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat kalian dan ditempatkan di kalangan mukmin sejati.
21 Ogos 2008
Malam Jumaat. Pak Lang Anuar (Hj Shamsir Hj Ismail),suami kepada Mak Lang Tehah (adik emak, berlainan ayah), setelah bertahun terbaring di katil. Mulanya diserang strok, sebelah badan tidak berfungsi sepenuhnya. Kemudian terjatuh yang menyebabkan patah tulang pelviknya, menyebabkan dia tidak boleh lagi bergerak banyak, sehingga ke akhir hayatnya. Dikelilingi oleh anak-anaknya, sempat menjamah bubur yang disuapkan oleh anak perempuannya. Jenazahnya disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Melaka, Cheras. Berhampiran dengan Tan Sri Nasimudin NAZA.
12 Oktober 2008
Ahad, malam Isnin. 13 Syawal 1429H. Prof Dato' Dr Abdul Salam Abdullah (Lahir 28 Oktober 1946). Allahyarham telah menderita akibat Parkinson. Penyakitnya semakin membataskan aktiviti sejak bersara wajib dari perkhidmatannya. Bermula dari food poisoning pada bulan Januari 2008, terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, hampir 10 bulan. Pada 22 September, telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Dato Shahbandar. Aku sempat menziarahinya semasa hari Raya ketiga (Jumaat, 3 Okt 2008). Sayu sungguh aku memandangnya, berat sungguh penderitaannya. Aku mula mengenali sejak tahun 1992, semasa di tahun 2, di FKVSP UPM. Selamat dikebumikan di Makam Hj Said, Seremban. Semoga Allah merahmatinya.10 November 2008
Tok Ngulu Yasin meninggal di Hospital Serdang. Jenazahnya dibawa ke kampung untuk dikebumikan. Khabarnya Allahyarham menziarahi anak cucunya, kemudian mengalami masalah pernafasan, semasa dalam perjalanan dari Gemas ke Serdang. Hampir sebulan dirawat di Hospital Serdang. Dulu berniaga di kedai nak masuk ke kampungku, sekarang masih lagi diusahakan oleh warisnya.
18 November 2008
Hj Jalil Tintum. Suami kepada Wan Sipah (emak saudara tiri kepada ibuku). Meninggal semasa berbual-bual dengan Wan Sipah di tangga depan rumahnya, Rumah Murah Astana Raja, kemudian tiba-tiba rebah ke tanah. Tidak sempat bawa ke Hospital. Dikebumikan di tapak perkuburan Rumah Rakyat Astana Raja. Allahyarham juga tidak sempat menyaksikan majlis perkahwinan anaknya pada 20 Dis 2008 (Sabtu.
(Arwah abah meninggal pada 20 Nov 1989)
18 Januari 2009. Mak Teh (Puteh bt Hassan, adik beradik abah) meninggal di Kg Pulau Bukit. Sebelum tu pada 20 Disember 2008, Makteh dimasukkan ke wad 2 Hospital Tampin, dijangkiti Chikunguynya. Ramai anak-anak saudara dan adik-beradiknya yang datang ke pengebumiannya. Ramai juga yang aku tak kenal, sebab jarang jumpa. Mak Teh sudah lama hidup bersendirian, tidak bercampur dengan orang ramai. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh mendekatinya. Seingat aku, sejak aku kenal dia (dari tahun 70an lagi). Abangku banyak membantu semasa hayatnya, termasuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam bentuk kewangan dan juga rumah untuk rakyat miskin.
1 Februari 2009 (AHAD)
Mak Itam Esah. Isteri Pak Itam Pilus, meninggal di rumahnya di F32, Jln Melati, FELDA Sendayan. Selamat dikebumikan sebelum Zohor 2 Feb 2009. Ramai juga saudara sebelah abah datang menziarah. Sepupunya Baharom b Ujang (dia macam abang angkat aku semasa sekolah rendah dulu) turut hadir.
Kusedari bahawa salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim ialah menziarahi keluarga yang kematian ahlinya.(Terutamanya generasi sewaktu dengan emak dan abah. Kebanyakan mereka sudah mulai uzur.)Ramainya saudara mara yang tidak dikenali. Sebelah abah ada 10 adik beradik, tak sampai 20% yang aku kenal.
InsyaAllah, satu hari nanti akan ku usahakan perjumpaan ahli-ahli keluarga dari sebelah abah (ini juga harapan arwah abah suatu ketika dulu).
Kepada yang pergi kusedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat kalian dan ditempatkan di kalangan mukmin sejati.
Catatan pertama
Hari ini merupakan sejarah bagiku. Kali pertama aku menulis di blogku sendiri. InsyaAllah jika kelapangan akan sentiasa di"update"kan. Cemburu juga asyik membaca blog orang lain. Mungkin boleh dikongsikan bersama netizen lain. Catatan di blog ini tidak khusus untuk apa-apa topik. Kisah silam, pengalaman seharian, kisah anak-anak, isu dunia .... apa saja yang terlintas.
Kenapa pilih "Membujur lalu melintang patah"?
Ia adalah salah satu peribahasa yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Bunyinya mungkin bersifat pesimis, hanya mengikut persekitaran sahaja. Tiada prinsip hidup yang jelas.
Tapi perlu juga ambil pendekatan positif di sebalik maksud tersirat. Patah bukan sebarang patah, tetapi patah balik untuk atur strategi baru, supaya yang melintang jadi membujur.
Banyak lagi khazanah peribahasa kita yang semakin kita lupakan. Terutama generasi abad ke-21. Kerana peribahasa berkait dengan budaya, bila budaya kita semakin terpinggir dari generasi kini, begitulah juga peribahasa. Semakin kecil bilangan kita yang terus perjuangkan warisan peninggalan generasi lampau. Suatu hari nanti, tidak mustahil semuanya akan tinggal dalam lipatan sejarah, akhirnya akan berterbangan seperti debu, jika tiada usaha berterusan.

Subscribe to:
Posts (Atom)